Thursday, November 11, 2010

Langit Dan Aku

Kadangkala langit itu seakan mengerti jiwaku
Damainya biru yang engkau tunjukkan
Sama seperti hatiku yang kegirangan


Kadangkala langit itu seakan mengetahui akal fikiranku
Hamparan yang mendung dan suram itu
Sama seperti mindaku yang bercelaru


Kadangkala langit itu seakan memahami diriku
Menjerit tatkala kilat dan guruh berdentum
Sama seperti aku yang dirundung pilu


Terbentang luas pelbagai warnamu
Sama seperti duri dan bunga dalam kehidupanku
Keindahan dan kemerahan mega itu
sama seperti aku yang tenggelam dalam lautan kasih


Langit & Aku

1 comment: